May 24, 2011

Apa BeSt Kat Batu Pahat...

Batu Pahat?
Apa ade kat batu pahat erk?
aku berasal dari BATU PAHAT...jadi ari nie nak kongsi ngn korang pasal apa yang ade kat BATU PAHAT tu....( rindunye kat kg halaman aku tu)

Ok first sekali tuk pengetahuan korang Bandar BATU PAHAT ade ade 9 PEKAN KECIL iaitu RENGIT, YONG PENG, SEMERAH, PARIT SULONG, SERI GADING, PARIT RAJA, AYER HITAM, SENGGARANG dan TONGKAK PECHAH. ( maka aku duk kat PEKAN RENGIT...)...

Skang aku nak bagi tau korang pasal apa yang menarik kat batu pahat k...

~MONUMEN BATU PAHAT~
first mesti lah monumen BATU PAHAT kan....letak kat dataran BATU PAHAT....tempat nie meriah waktu malam....melepak n merehatkan diri...selain tu..byk gak event yang di buat kat cni....(lau bernasib baik masa korang g c2 la)



~PEKAN BENTENG~ (aku suka tempat nie)...
- Salah satu tempat makan yang terkenal di BATU PAHAT. Antara makanan yang popular kat cni Nasi Beriyani Gam Mat Syah ( terbaik dari ladang lah....family aku nye kegemaran....)


~MEE BANDUNG BP~
Ingat muar je ke ade mee bandung best...kat BP pun ade gak tau...aku paling suka mum MEE BANDUNG kat depan hotel Hotel Garden Batu Pahat. MEE RACUN tak c2 pun sedap gak...mmg terbaik yang korang patut cuba...


~BP WALK~ (tmpt lepak bersama member di masa silam)
tempat nie bukak waktu malam je...tak perlu pi bangsar or bukit bintang....kat BP WALK nie pun dah cam kat Bangsar gak...TERBAIK kan....jadi sapa yang pi BATU PAHAT n nk lepak2 time malam leh la korang lepak kat BP WALK. :-)

ni waktu siang....lau mlm meriah sakan
( tak dpt cr pic waktu mlmnye)

~BP WATER PARK~
nie tempat ibu n ayah bawa aku n adik pi mandi manda masa kecik2 dulu....tapi dulu namanye tasik merdeka ( org kata tasik tu puaka) tapi skang dah terbaik....best mandi kat cni....tak perlu dah pi Water World...wakakaka....



~PANTAI PUNGGUR~
PANTAI PUNGGUR ini letaknya di perkampungan desa kat pekan senggarang. Pantai nie tak sesuai tuk mandi manda...tapi lau korang nak rehatkan mata....jom la singgah kat cni sambil makan cendol. (cam ibu n ayah aku wat selalu)...



~TASIK Y~
lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. kat cni terdapa tempat permainan kanak-kanak, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya, malah ramai juga yang datang untuk berjoging, senam aerobik beramai-ramai dan aktiviti lain. lau korang suka rehat2 ngn suasana tenang leh la korang datang sini....



~ PANTAI MINYAK BEKU ~

merupakan sebuah kampung di Mukim Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Lokasi tepatnya ialah di tepi laut menghadap pantai barat Johor. Pantai Minyak Beku merupakan antara tempat rekreasi yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Batu Pahat dan luar dari daerah ini. Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir.


~ PERIGI BATU PAHAT~
terletak di tepi pantai Minyak Beku berhampiran dengan muara sungai Batu Pahat. Perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh 'Bendahara Tun Perak', Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya sehingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu dikawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut Cina Selatan. Nama Daerah Batu Pahat adalah bersempena peristiwa tersebut.


~AYER HITAM~
cukup dikenali ramai kerana keunikan serta kepelbagaian tembikar buatan tempatan mahupun import. Ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang amat popular kerana keunikan hasil tembikar yang sungguh menarik hati peminat tembikar di seluruh pelusuk negara. Selain tembikar, Ayer Hitam juga terkenal dengan hasil kraftangan yang pelbagai bentuk seperti beg, tikar, topi dan banyak lagi. lau korang2 yng nak kawin tu...leh la datang cni....byak gila barang yang leh di jadikan hadiah or what ever (tak pandai nak terangkan sbb tak kawin lg...wakaka)..


~SHOPPING COMPLEX~
jgan kata kat BATU PAHAT nie tak banyak shopping complex.....byk gak shopping complex kat batu pahat nie...korang leh pi kat BP MALL, SUMMIT PARADE, CARREFOUR n SQUARE ONE. So korang leh la tengok wayang ke...main bowling or membelih belah sakan k....

salah satu shopping complex kat BP

DAN BANYAK LAGI TMPT MENARIK YANG AKU TAK TULIS KAT SINI SBB TANGAN AKU DAH LENGGUH....
maka di BATU PAHAT ini sebenarnye banyak tempat menarik yang korang leh kunjungi k.... :-)


MOTIF ARI NI :
RINDU KAT KG HALAMAN AKU!!!!MAU PULANG.....TAPI....

8 comments:

Unknown said...

saya orang batu pahat.. haha... tapi saya pon tak berapa tahu sangat pe yang ada kat batu pahat ni.. ;p

http://mienkarim.blogspot.com/ said...

Liyana...biasa nye mmg kite tak tau pun apa yang best kan tempat sendiri...hehehehe

dhiera zainudin said...

plan nak pergi batu pahat hujung bulan ni. ape kata share sikit hotel yg best dekat batu pahat? emel: dhieranottie@gmail.com
happy new year dan selamat berkenalan!

Anonymous said...

Lepak kt sg lurus..makan kerang sambal atas jeti..

Ir.Ezham Abd.Sanik said...

Terbaik... jika boleh, terangkan sekali cara nak pergi tempat-tempat menarik tu. mudah untuk pelawat yang berada di sana untuk berjalan... Anyway, Good Info...!!

esempoi said...

memang best Batu Pahat ni..

Anonymous said...

RinduuuĆ¹ sgt kt org rengit, batu pahat. ��

Penunggu Senja... said...

dah lama tinggalkan batu pahat sejak 1999... rindu bangunan kayu sekolah rendah bukit soga... ponteng sekolah agama kg istana menyimpang ke istana batu pahat...kenangan...