Jun 19, 2015

Musim2 exam

Salam uols...
sekarang ni musim2 exam kat Universiti aku ni...
maka aku adalah salah sorang yang kene untuk menjaga exam nye pun...
boring...tapi demi tugas ku gagahkan jua...hahahaha

banyak2 hal kat dalam exam hall tu...aku paling tertarik dengan meja kat exam hall...
kretaif sungguh budak2 ni...
abis di conteng nye...


ni tak tau la apa yang budak ni jawab....






dah macam nak jadi fashion designer lak min tengok


nak ber love2 pulak dalam dewan exam...




Jun 17, 2015

Biskut raya dari 'KOWEH'

Salam semua...
esk puasa dah kite ye....
selamat menjalani ibadah di bulan ramadan ya...
bukan puasa je tau...tapi banyak lg ibadah yang lain.

mesti ramai orang yang mencari rezeki lebih dibulan ramadan ni nk...
apa-apa pun jgn lupa ibadah ye semua...

kawan saya yang seorang ni pun tidak ketinggalan...
beliau menjual biskut khas untuk hari raya yang akan menjelang pada bulan hadapan.
ada terdapat 3 jenis biskut
biskut samperit, tat nanas dan cornflake..
min bukan nak kata apa...tapi min suka gila2 dgn biskut conflake dia...sedap sgt...dan tak kedekut conflake...


untuk uols yang berminat boleh la hubungi Syida 018 2610 450 atau 017 3307 397




serius uols takkan rugi kalau beli kuih ni...
selamat berpuasa semua



Jun 16, 2015

Begedil daging dan puasa...

salam semua...
diam tak diam...
bulan ramadan pun hampir menjelma kembali
lusa kite pun telah mula menunaikan tanggungjawab kite...berpuasa...

hari ahad yang lepas... tak tau sawan rajin apa yang merasuk min...
dengan semangatnya min buat begedil daging...
dalam hati berkata... buat simpanan bulan puasa...takut blk lambat...
min agak takut g bazaar ramadan...bukan apa..ada beberapa kali terkena...makanan basi lah...tak masak sepenuhnya lah n banyak ag...maka daripada kecewa...baik min masak sendiri kan...at least boleh berjimat kan...hehehe

bahan-bahan untuk membuat begedil daging:

1. kentang 3kg
2. cili padi 6 batang
3. daun bawang (ikut suka)
4. bawang besar 2 ulas
5. bawang putih 8 biji
6. bawang goreng 2 genggam
7. stok ikan bilis 2
8. serbuk lada hitam (ikut suka)
9. garam (ikut tahap kemasianan korang)
10. daging burger 3 keping.
11. telur tuk menggoreng


Cara-cara:

1. bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun bawang di racik halus(tak tau la...orang kata racik or cincang or hiris....).
2. kentang potong dadu dan digoreng hingga masak k.
3. kentang yang telah digoreng tadi di lenyek bersama serbuk lada hitam, garam dan stok ikan bilis.
4. bila dah rasa kentang tu lumat (lumat ke apa erk ayat yang betulnye), masukkan daging burger dan gaul sebati.
5. kemudian masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun bawang di racik halus kemudian gaul lagi sampai sebati.
6. bila dah sebati leh buat bulat kecik2.









Semua sekali ada 80 biji...hambik hang...makan le puas2