Feb 4, 2012

Cerita Cinta n Kasih sayang

salam,
hai selamat petang semua....
syok ke cuti ari nie....

ari nie nk kongsi ngn korang semua pasal apa yang diperkatakan oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai `nikah awal adalah baik` (hakikatnye aku dah tua...tak de awal lagi dah)hehehe...

tapi dalam pic kat bawah tu...aku suka isi2 yang disusun oleh syababmusafirkasih.... terang lagi nyata maksudnye kan....mmg terbaik ah...

sila la tengok n baca k...heheheh



Feb 2, 2012

Prof Dr Kang Kyoung Seok org korea pakar tulisan jawi


Salam korang,

Tengok MHI tak pagi semalam

Pasal tulisan jawi tu....

Tak sangka aku oit....

Org yang mengajar tulisan jawi tu bukan org melayu n bukan juga beragama islam...yang penting sekali bukan orang Malaysia okes... ko mampu? Prof Dr Kang Kyoung Seok nama pensyarah tu...terbaikkan....org korea..tapi pakar dalam tulisan jawi...cam tak sangka aku masa tengok semalam....sentap tu...nasib baik aku leh baca jawi jadi tak la malu sgt...walau pun hakikatnye malu gak sebab org luar lebih terror dari kite...

Jom kite ambik tau sikit pasal Prof Dr Kang Kyoung Seok nie.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak tahun 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan yang dimiliki Malaysia. Kini beliau mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Beliau yang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana( Bahasa Melayu), Universiti Malaya pada tahun 87 dan Doktor Falsafah (Ph.D)( Bahasa Melayu / Jawi), Universiti Malaya pada tahun 92.

Berikut adalah jawatan yang pernah dan masih disandang oleh beliau :

1. 1. (Profesor) Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, (01-2010 ) until (01-2010)

2. 2. (Profesor) Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, (01-2010 ) until (01-2010)

3. 3. (Profesor) Fakulti Bahasa, UPSI, (01-2010 ) until (05-2010)

4. 4. (Profesor Madya) Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, (01-2010 ) until (present)

5. 5. (visiting professor(Jawi Manuscript Reader in the Library)) southeast asian studies program, Cornell univ.Ithaca,U.S.A., (01/07/2002 ) until (28/02/2003)

6. 6. (visiting professor) Center for Korean Studies, North Park Univ. Chicago,U.S.A., (20/12/1995 ) until (28/02/1996)

7. 7. (the 1st Fellow(Transliterasion of Manuskrip Hikayat Isma Yatim)) Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, (04/01/1993 ) until (31/12/1994)

8. 8. (Prof of Korean Language(in malay language & Tulisan jawi)) Program Look East Policy(kursus bahasa korea), ITM(now UiTM), (01/10/1993 ) until (01/06/1994)

9. 9. (prof Bahasa Korea) unit latihan, Ketua pengarah Jabatan Immigration (Bangsar,K.L.), (01/03/1986 ) until (15/12/1986)

10.10(prof of Korean Language) cawangan khas, Polis Diraja Malaysia(Bukit Aman), (01/02/1985 ) until (31/01/1986)

11. 11. (profesor) Indonesia-Malaysia studies dept., PUFS(Korea)-Pusan Univ. of Foreign Studies,, 01/03/1982

Prof Dr Kang Kyoung Seok juga telah banyak mengasilkan buku ilmiah yang berkaitan dengan tulisan jawi. Antaranya adalah :

1. perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu,08/08/1993, DBP

2. perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu,20/08/1990, DBP(registered in the Library of Congress).

3. Bahasa melayu dalam empat minggu(dalam bahasa korea),30/09/1994 , myungji chulpansa(seoul,korea).

4. Malay tulisan jawi,31/08/2006, PUFS,korea.

5. bahasa indonesia-malaysia patternzip,05/08/2007 , pufs(korea)

6. bahasa melayu-indonesia patternzip,30/08/2005 , PUFS,korea

7. gaya bahasa sejarah melayu,05/03/1995, DBP

8. perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu,06/08/1986, Dato' syed kechik foundation.

Selain daripada itu, beliau juga banyak banyak menghadiri seminar dalam dan luar negara. Sesungguhnya aku sangat kagum dengan Prof Dr Kang Kyoung Seok. Rakyat korea yang fasih berbahasa melayu dan yang penting pakar dalam tulisan jawi. Harap2 pasni adalah rakyat kite yang mengikuti jejak langkah beliau.







Promo panggung sabtu pakai lagu dari sinar mata (BPR)

salam semua...korang dah makan ke?
ade tak orang dengar n tengok promo panggung sabtu (hindustan) kat tv3...
tadi baru aku peran siot...
lawak la....
cite industan plus lagu dari sinar mata....
gerak mulut dia yang aku tak boleh bla....
gila sebijik tu....
ko mampu.....
sapa la yang edit tu kan.....
aku gila bangga ngan si tukang edit dia nie...hahahaha...


jon layan