May 23, 2012

Batik Alaf baru Dari Anugerah Kraf

salam n selamat petang semua...
duk wat pe petang2 nie...
ari nie nak share ngan korang pasal kejayaan seorang bekas cikgu yang pernah mengajar aku...

salah seorang cikgu seni aku dulu,
Cikgu Roslan Idris telah menemui satu teknik yang dibapanggil Batik Alaf Baru.
korang pernah dengar pasal BATIK ALAF BARU????
ianya merupakan teknik baru n media baru dalam penghasilan BATIK.
menggunakan AKRILIK sebagai material asas dan  tidak lagi  menggunakan kain...
walau bagaimanapun ianya masih mengekalkan beberapa ciri tradisional batik iaitu garisan lilin, gubahan motif flora n fauna, ton warna dan beberapa ciri yang lain.
Dengan menggunakan teknik semburan, corak batik yang menarik dapat dihasilkan.

Batik Alaf Baru ini merupakan salah satu penemuan kraf yang kreatif dan enovatif bagi aku.
Produk Batik Alaf Baru ini sesuai dijadikan barang hiasan rumah mahupun pejabat serta sebagai cendera hati.

untuk maklumat lanjut mengenai BATIK ALAF BARU nie...
boleh la mengunjungi FB ANUGERAH KRAF.

 nie lah Cikgu Roslan...


dibawah antara batik alaf baru yang dikeluarkan oleh
ANUGERAH KRAF




keratan akhbar 



May 21, 2012

Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun


hai salam semua...
ari nie dalam mood research...so teringin nak berkongsi sesuatu dengan korang semua... 
sebelum nie aku pernah kongsikan dengan korang pasal  Wayang Gedek.
kali ini aku nak kongsikan pula satu-satunya kumpulan yang memainkan Wayang Gedek di Malaysia.
Kumpulan tersebut adalah Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun.

Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun telah diasaskan oleh En. Din Iem pada tahun 1966 yang juga adalah Tok Dalang pertama kumpulan tersebut. Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun pada ketika itu tidak mempunyai nama kumpulan yang khusus dan hanya dikenali sebagai kumpulan Wayang Kulit sahaja. Generasi kedua kumpulan ini adalah En. Din Chon dan kemudiannya diturunkan kepada En. Mohd Noh bin Haji Muhamad. Ketika Pak Noh Menerajui kumpulan Wayang Kulit tersebut Allahyarham En. Johari Salleh iaitu bapa kepada Yang Berhormat Dato’ Zainal Abidin Johari (Exco Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Sik) pada ketika itu menamakan kumpulan Wayang Kulit tersebut sebagai Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun. Nama Seri Asun diambil sempena nama kampung Kunluang, Kedah  yang merupakan tempat asal penubuhan kumpulan Wayang Kulit tersebutPada tahun En. Abdul Majid telah mengantikan bapanya Pak Noh sebagi Tok Dalang kumpulan Wayang Kulit Seri Asun sehingga kini. Kumpulan Wayang Kulit seri Asun kini dianggotai enam ahli kumpulan lain. Ahli kumpulan lain ini terdiri daripada pemuzik iaitu   En. Md. Desa bin Murad (Gedombak), En. Zaidi bin Ahmad (Serunai), En. Norizan bin Abdullah (Gong), En. Nor Azman bin Abdul Majid (Canang dan Kerincing), En. Mohd Farhan bin Abdul Majid (Geduk) dan En. Syazwan Shuhaili bin Abdul Majid (Gong besar) .


 Pak Majid selaku ketua kumpulan dan tok dalang

Ahli kumpulan bersama aku, Dr. Afifah dan timbalan pengarah JKKN Kedah.


Kumpulan ini telah membuat persembahan di dalam dan di luar negara dengan bantuan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Kedah sejak tahun 1980-an . Di antara negara yang telah dikunjungi kumpulan tersebut bagi tujuan persembahan adalah Paris, Milan, German, Belanda, Itali, Denmark dan Rome pada tahun 1989. Pada tahun 2000 pula kumpulan ini telah membuat persembahan di Taiwan selama sembilan hari bagi mempromosikan kesenian tradisional Malaysia. Pak Majid bersama ahli kumpulannya juga telah membuat persembahan di Perth, Australia pada tahun 2001. Selain daripada itu,  kumpulan  Wayang Kulit Seri Asun juga telah menyertai Festival Puppet di Bangkok, Thailand dan Festa Perwayangan di Jakarta, Indonesia pada tahun 2003. Pada tahun yang berikutnya iaitu tahun 2004, kumpulan ini telah membuat persembahan di Singapura dan pada tahun 2009 di Burma . Selain daripada itu, kumpulan Wayang Kulit Seri Asun ini turut berkongsi kesenian dan membuat persembahan di institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak.


diharapkan korang dapat sedikit ilmu dari apa yang aku share ari ni k...
sekian.