Jun 11, 2011

Perlawanan Akhir Piala FA : Terengganu Menang


hi semua selamat mlm...
sebenornye aku nie tak minat pun bola sepak nie.....
badminton adalah jiwaku ( aaaceeeehhh...bencik ku)
tapi leh sebab aku dengar budak blog sebelah nie dok2 jerit ( cam dah kene sawan ) aku pe ag...terhegeh2 la gak tengok bola tu...walaupun aku tak minat...tak kenal pemain bola tu n yang penting ianya buat aku ngantuk..tapi malam nie ngan semangat menjerit budak2 blog sebelah tu aku pun menggatal la gak tengok...n TERENGGANU MENANG K!!!!!!(cam aku lak anak terengganu....) Saya anak JOHOR hahaha........

so kesimpulan tuk perlawanan akhir malam nie adalah....

TERENGGANU 2 - KELANTAN 1 = TERENGGANU MENANG!!!!

Motif malam nie

kepada mereka2 yang menjerit2 kat blog sebelah...tq k...sebab jebak aku tengok BOLA SEPAK....sekian

JoM LaYan Book Art & Architecture

hai semua
petang nie aku nak kongsi pic berkenan kesenian yang menggunakan buku2....
kreatif dan menarik serta cantik...
jo layan...

Veronica Salazar: Book of Art


Tree of Codes


Tom Bendtsen Book Installations



Su Blackwell’s Delicate Trees


Robert The: Book Works


Building Made of 7,000 Phone Books


What Have We Become? By Nicholas Galanin


Mike Stilkey’s Painted Book Sculptures


Light Reading by Lucy Norman


Jacqueline Rush Lee


A Building Made of Books


sekian....

Jun 10, 2011

SATU BANDAR WARNA BIRU LAUT : COOL!!

hai n selamat petang semua....
petang nie aku kongsi pasal bandar yang berwarna biru laut iaitu Kota monokromatis dari Chefchaoen, Maghribi....(nie lau adik aku tengok...teruja dia...maklumla...pencinta biru le konunnye..huhuuuuu)....

jom layan bandar nie...tak dapat pergi dapat tengok pun jadi la kan...hehehe....

Maghribi terkenal dengan bandar-bandar yang dipengaruhi dengan warna emas merah, ungu, dan hijau. namun begitu, ianya sangat berbeza di Chefchaoen, iaitu sebuah bandar di barat laut yang terletak antara Banjaran Rif. Anda akan terpengun kerana seluruh bangunan dibandar tersebut di cat dengan warna biru laut dan sukar untuk mendapatkan warna pada bangunannya termasuk lah rumah dan bangunan kerajaan.




Share My Research (Part 1)....

hai semua...Morning.....

2 day rasa nak share my research ngan korang semua...ok...kiter bermula dari history Wayang Kulit k...tuk pengetahuan korang my research adalah berkaitan dengan transferring Wayang Gedek 2 Animation....so benda first yang kene tau adalah History nye....jom kite mengenali Wayang Kulit n Wayang Gedek...


WAYANG KULIT

Wayang Kulit merupakan antara seni teater tradisional tertua Asia Tenggara merangkumi Negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Kesenian wayang kulit ini dipercayai telah wujud sejak 1500 M lagi (Zakaria Ariffin. 1990, ms. 28). Di kawasan Nusantara, Wayang Kulit telah berkembang terutamanya di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa Indonesia dan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Wayang Kulit juga boleh didapati di negeri lain iaitu di Johor, Kedah dan Perlis (Zakaria Ariffin 1990, ms. 29).

Wayang Kulit adalah satu bentuk persembahan yang menjadikan bayang yang terhasil daripada patung sebagai subjek atau bahan persembahan. Patung Wayang Kulit ini diperbuat daripada kulit lembu, kerbau atau kambing. Stok karekter utama yang terdapat dalam pementasan Wayang Kulit adalah Wira/Wirawati (Seri Rama, Sita Dewi), watak Raksasa atau penjahat (Bota, Rawana), watak pelawak ( Pak Dogol, Wak Long ), dan watak binatang ( Hanuman ) ( Zakaria Ariffin 1990, ms. 31 ). Patung Wayang Kulit adalah berbentuk leper dan dua dimensi. Pementasan Wayang Kulit menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Cahaya lampu dipancarkan di bahagian belakang keler untuk memperlihatkan bayang-bayang patung Wayang Kulit semasa karekter patung digerakkan. Bayang-bayang daripada patung Wayang Kulit yang terdiri daripada pelbagai watak epik dimainkan oleh seorang yang dikenali sebagai Tok Dalang (Zakaria Ariffin 1990, ms. 30). Persembahan Wayang Kulit kebiasaannya diiringi oleh satu kumpulan paluan muzik. Gedombak, gedok, serunai, seruling, kerincik dan gong merupakan alat muzik yang digunakan dalam pementasan Wayang Gedek.


WAYANG GEDEK

Wayang Gedek dikatakan berasal daripada Selatan Thailand iaitu Nang Talung. Ianya teater tradisional yang berunsurkan atau berasaskan bayangan. Pada masa dahulu Wayang Gedek disampaikan dalam bahasa Siam. Namun begitu, kini bahasa Melayu digunakan dalam persembahan Wayang Gedek dan sekiranya ada permintaan sahaja Wayang Gedek disampaikan dalam bahasa siam ( Boon Jong Fook, 2007). Pada masa kini, pengaruh agama islam telah diterapkan dalam persembahan Wayang Gedek.

Wayang Gedek mempunyai kelainan tersendiri berbanding dengan Wayang Kulit yang terdapat dinegeri lain. Antara kelainannya adalah pembukaan bagi persembahan Wayang Gedek hanya menggunakan lilin dan sirih pinang, berbanding dengan Wayang Kulit Kelantan yang menggunakan Kemian. Selain daripada itu, Wayang Gedek hanya menggunakan lima orang ahli muzik berbanding dengan Wayang Kulit lain yang mempunyai ramai ahli muzik. Patung Wayang Gedek juga sudah dimodenkan mengikut peredaran r zaman dan diberikan watak dalam bahasa melayu. Wayang Gedek juga mempunyai unsur warna dalam pementasannya iaitu pada karakter setiap patung Wayang Gedek. Terdapat lebih daripada 200 karakter Wayang Gedek yang disimpan oleh Tok Dalang mengikut situasi dan jalan cerita yang disampaikan ( Dvd Wayang Gedek, Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Malaysia).

aku n Pak Majid (sentiasa mendapat jemputan untuk menjalankan persembahan dalam dan luar negara)

Nama Wayang Gedek hanya ditujukan kepada Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun sahaja. Hal ini kerana ianya diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979 Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar. Kini, kumpulan ini diketahui anak Pak Noh iaitu En. Abdul Majid.

aku, paktam n aithong

Jun 8, 2011

Baju Raya ?????

hi semua...
tapi my fren Zie dok tanye aku....


ZIE : mien dah wat baju tuk raya ke?
AKU: baju raya? lambat lagi la raya (blur!!!!)
ZIE : skang orang dah mula tempah baju raya.....
AKU: ok....mien serahkan semua pada ibu mien...zie dah bt baju raya ke...
ZIE : lum gak...(sambil tersengih...)


maka aku baru perasan...selama nie aku tak penah beli baju raya sendiri...semua puan ROSE(my mum) yang sediakan...lagi time aku blaja kat sarawak nie...bila aku balik pun dah nak raya...n semstinya tak terpikir nak beli baju kat cni (mahal giler harga klu beli kat cni..kan ke datangnye pun dari semenanjung)...so...sampai je kat umah dah siap dah baju raya aku....n yang pasti my mum tu mmg best...tau je citerasa kau cam ne....hehehe.....i hope this year pun my mum akak cari kan baju raya tuk aku...course serius aku tak tau nak pilih baju raya.....

my mum, dad n me.....

adakah ini baju raya aku taun nie....huhuhuhuuu



mood :
TQ IBU COURSE BELIKAN BAJU RAYA TUK AKAK SELAMA NI...

Jom layan pic bookcase yg unique ni !!!!

hai semua...tak tau nak update apa petang nie...no mood n mata ngantuk....sambil2 aku dok tengok cite cartoon nie.. maka aku pun saje la nak update nie....bookcase yang cantekkkk n unique nie....jom jamu mata...

kat IKEA pun byk bookcase yang unique2 kan..









motif :

KEMALASAN MELAMPAU

Nape Aku Malas Nak Update

hai semua....
aku memaksa diri tuk update ini blog la ari nie...
benganag aku ngn blog sendiri...bt hal plak dia....
aku tak tau apa salahnye..
blg aku layout nye kacau bilau...aku dah penah susun n ubah itu n ini...
resultnya sama je...tetap hampeh....
benci ku.....

mood bengangku melandan...bencik......


pesanan.....
SAPA LEH BETULKAN LAYOUT AKU...
TOLOOOOOOOOOOOOONNNNNNNNGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!