Jun 10, 2011

Share My Research (Part 1)....

hai semua...Morning.....

2 day rasa nak share my research ngan korang semua...ok...kiter bermula dari history Wayang Kulit k...tuk pengetahuan korang my research adalah berkaitan dengan transferring Wayang Gedek 2 Animation....so benda first yang kene tau adalah History nye....jom kite mengenali Wayang Kulit n Wayang Gedek...


WAYANG KULIT

Wayang Kulit merupakan antara seni teater tradisional tertua Asia Tenggara merangkumi Negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Kesenian wayang kulit ini dipercayai telah wujud sejak 1500 M lagi (Zakaria Ariffin. 1990, ms. 28). Di kawasan Nusantara, Wayang Kulit telah berkembang terutamanya di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa Indonesia dan di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Wayang Kulit juga boleh didapati di negeri lain iaitu di Johor, Kedah dan Perlis (Zakaria Ariffin 1990, ms. 29).

Wayang Kulit adalah satu bentuk persembahan yang menjadikan bayang yang terhasil daripada patung sebagai subjek atau bahan persembahan. Patung Wayang Kulit ini diperbuat daripada kulit lembu, kerbau atau kambing. Stok karekter utama yang terdapat dalam pementasan Wayang Kulit adalah Wira/Wirawati (Seri Rama, Sita Dewi), watak Raksasa atau penjahat (Bota, Rawana), watak pelawak ( Pak Dogol, Wak Long ), dan watak binatang ( Hanuman ) ( Zakaria Ariffin 1990, ms. 31 ). Patung Wayang Kulit adalah berbentuk leper dan dua dimensi. Pementasan Wayang Kulit menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Cahaya lampu dipancarkan di bahagian belakang keler untuk memperlihatkan bayang-bayang patung Wayang Kulit semasa karekter patung digerakkan. Bayang-bayang daripada patung Wayang Kulit yang terdiri daripada pelbagai watak epik dimainkan oleh seorang yang dikenali sebagai Tok Dalang (Zakaria Ariffin 1990, ms. 30). Persembahan Wayang Kulit kebiasaannya diiringi oleh satu kumpulan paluan muzik. Gedombak, gedok, serunai, seruling, kerincik dan gong merupakan alat muzik yang digunakan dalam pementasan Wayang Gedek.


WAYANG GEDEK

Wayang Gedek dikatakan berasal daripada Selatan Thailand iaitu Nang Talung. Ianya teater tradisional yang berunsurkan atau berasaskan bayangan. Pada masa dahulu Wayang Gedek disampaikan dalam bahasa Siam. Namun begitu, kini bahasa Melayu digunakan dalam persembahan Wayang Gedek dan sekiranya ada permintaan sahaja Wayang Gedek disampaikan dalam bahasa siam ( Boon Jong Fook, 2007). Pada masa kini, pengaruh agama islam telah diterapkan dalam persembahan Wayang Gedek.

Wayang Gedek mempunyai kelainan tersendiri berbanding dengan Wayang Kulit yang terdapat dinegeri lain. Antara kelainannya adalah pembukaan bagi persembahan Wayang Gedek hanya menggunakan lilin dan sirih pinang, berbanding dengan Wayang Kulit Kelantan yang menggunakan Kemian. Selain daripada itu, Wayang Gedek hanya menggunakan lima orang ahli muzik berbanding dengan Wayang Kulit lain yang mempunyai ramai ahli muzik. Patung Wayang Gedek juga sudah dimodenkan mengikut peredaran r zaman dan diberikan watak dalam bahasa melayu. Wayang Gedek juga mempunyai unsur warna dalam pementasannya iaitu pada karakter setiap patung Wayang Gedek. Terdapat lebih daripada 200 karakter Wayang Gedek yang disimpan oleh Tok Dalang mengikut situasi dan jalan cerita yang disampaikan ( Dvd Wayang Gedek, Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Malaysia).

aku n Pak Majid (sentiasa mendapat jemputan untuk menjalankan persembahan dalam dan luar negara)

Nama Wayang Gedek hanya ditujukan kepada Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun sahaja. Hal ini kerana ianya diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979 Apa yang difahamkan dengan perkataan "gedek" ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar. Kini, kumpulan ini diketahui anak Pak Noh iaitu En. Abdul Majid.

aku, paktam n aithong

2 comments:

nurulawatif said...

awak pernah menjalankan kajian terhadap wayang kulit asun...

bolehkah saya jadikan awak pnya research sebagai reference saya ???

http://mienkarim.blogspot.com/ said...

sori...baru tegok komen awak...boleh je awak