Jun 16, 2011

Gerhana Bulan





Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini berlaku pada malam tadi pada 16 jun 2011.


berikut adalah fasa berlakunya gerhana bulan bermula pada jam 1.00 pagi hingga jam 7.00 pagi tadi :

  • Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
  • “Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
  • “Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,”
  • Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


ok last sekali korang leh la bukak google search n main2 ngan interface gerhana bulan k...

No comments: