Jan 25, 2012

Ribut geomagnet melanda bumi


Hai..
salam semua...
tengok tak berita malam tadi...
malam tadi agak syok gak dengar berita pasar ribut geomagnet yang akan melanda bumi pada bila-bila masa je.....

menurut sumber berita TV3,

Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.

Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.

Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.

Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.

Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.

Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya.

Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.


Selain dari tu....

menurut Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling bmembimbangkan mengenai ribut tersebut adalah radiasi yang dilepaskan. Pancaran itu, kata beliau tiba di bumi sejam kemudian. hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini. Beliau berkata tahap radiasi kali ini dianggap kuat daripada radiasi yang dicatatkan sebelum ini iaitu pada tahun 2005. Plasma kuat dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula akan jatuh ke bumi pada bila2 masa sahaja dari sekarang.






4 comments:

NOVA said...

uihhh.. takut nyer saya baca entri awak nie.. tanda2 kiamat sudah dekat.. @_@

amiena said...

Nova : pelbagai tanda kiamat dah diberikan...seram oooo ^_^
masa tuk perbanyakkan amalan...

iedaurora said...

hujan lebat pun dah takut kalo ribut lagi la...

amiena said...

tau tak pe.....ci ieda.....aku rindu ko...bila la nak ketemu kan