hai semue.....today rasa sedey sikit....hari2 dapat gurauan yang  menakutkan....adakah ini petanda yang kurang baik....i hope tak la  kan.....n try to happy je walaupun pilu je rasa.....my mmber bagi lak 1  web nie....best gak la tuk di baca n terjumpe la kisah CINTA PPJ  nie(cinta jarak jauh) la.....he3....
walaupun tak de la tips nie gile gaban menarik....ianya tetap berguna gak bg org yang cam aku nie...PJJ..heheheeee......

artikel tu memberikan tips utk mereka yang bercinta jarak jauh =
Percaya pada pasangan
 Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan?   Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling   mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan   setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
 Setia walaupun jauh
 Memang  pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan.  Ketika kita  berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita  jumpa,  tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati  menjadi  sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun  begitu,  walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria   bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan   pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan   kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita   bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di   tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
 Berjumpalah walaupun seketika
 Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab.   Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata   si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di  hujung  selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.  Paling  tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa  langsung.  Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita  berjauhan.  Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk  berjumpa. Sudah  pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat  mengurangkan rasa  rindu itu.
  Tanyalah khabar
 Setiap  malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia  tanyakan  khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia.  Esok dia  pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang.  Jangan  mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia  akan  berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu  call  anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar  bila  sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah   membantu dalam membina percintaan ini.
 Sambut hari ulang tahun bersama
 Sekiranya  tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun  per-couple-an  bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari  bekerja, sambutlah  bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan  masa bersama untuk  seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu  sama lain.  Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan  ketika  berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan   terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila   mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
 Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
 Cinta  jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana  rindu itu  datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa  sangat  kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh  itu  sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang  akan  memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
 Akhir  kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai  alasan  dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat   menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa   rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma  ianya  merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita  dan  mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
(sumber dari : http://www.tentangcinta.com )

so apa pendapat kalian smue....
ok sekian,