Hai...
Salam semua...
Dah makan kesemua...
Ari nie aku pau mmber aku nye makanan ngah ari...hehehe
Tadi aku duk search2, cari maklumat apa yang penah berlaku pada 26 januari, memandangkan ari nie 26 januari. Search punye search....terjumpe la plak artikel pasal REVOLUSI MESIR 1952. Sebelum nie aku tak penah tau apa itu revolusi 1952.
Jom kengkawan kite ambik tau apa itu REVOLUSI 1952.
Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.
Kronologinya bermula dari :
25 Januari 1952.
Tentera British menyerang berek polis Mesir di Ismailia selepas polis enggan menyerah diri. 50 anggota polis telah terkorban dan 100 yang lain cedera. Peristiwa tersebut mencetuskan kemarahan rakyat mesir yang dan telah melakukan rusuhan disekitar Kaherah. Ianya dilihat kemuncak berakhirnya pemerintahan beraja di Mesir.
26 Januari 1952.
“SABTU HITAM”, berlakunya revolusi kedua di mesir selepas revolusi mesir 1919. Rusuhan telah melumpuhkan kawasan tumpuan utama dimesir. Rusuhan tersebut telah dirancang dengan penuh teliti. Pada hari tersebut juga Raja Farouk telah disingkirkan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mustafa el-Nahhas.
16 Julai 1952.
Raja Farouk telah membatalkan pilihan raya dan melantik diri nya dan cuba mengawal semula angkatan tentera.
23 Julai 1952,
Rampasan kuasa ketenteraan telah berlaku di Mesir dan dipimpin oleh Jeneral Muhammad Naguib.
26 Julai 1952.
Mohamed Naguid telah menemui Raja Farouk untuk meminta raja tersebut turun daripada tahkta. Alasan yang diberikan oleh Mohamed Naguid untuk Raja Farouk turun dari tahkta adalah kehidupan diraja yang mewah serta bertentangan dengan kehidupan rakyat yang miskin. Selain itu, rasuah yang sangat berleluasa dikalangan polis, tentera, pegawai dan ahli politik. Kekalahan perang palestin 1948 akibat kebocoran maklumat dan rasuah juga salah satu sebab agar Raja Farouk turun daripada tahkta.
Akhir Revolusi.
ajlis Pemenrintahan Revolusi (RCC), dianggotai oleh 9 ahli termasuk Muhammad Naguib dibentuk. Ali Maher diminta untuk membentuk sebuah kerajaan awam. Pembaharuan ini mebawa keppada rusuhan pekerja di Kafr Dawar pada 12 Ogos 1952 menyebabkan 2 kematian . Ali Maher meletakkan jawatan pada 7 September akibat perselisihan pendapat dengan pegawai tentera terutama berhubung reformasi tanah. Mohamed Naguib menjadi perdana menteri. Pada 9 September, Reformasi Undang-Undang Pertanian diluluskan. Tujuannya untuk pengagihan semula negara di kalangan petani-petani kampung dan meberi sekeping siling 200 feddans pada pemilikan tanah. Pada 9 Disember, 1923 Perlembahaan Mesir dibatalkan .
Pada 16 Januari 1953 RCC mengharamkan semua parti politik dan mengisytiharkan tempoh peralihan tiga tahun dan RCC akan memerintah. Perlembagaan sementara diisytiharkan pada 10 Februari, dan Liberation Rally diketuai oleh Gamal Abdel-Nasser dan pgawai tentera yang rapat dengannya. Pada 18 Jun, RCC mengisytiharkan Mesir republik, menghapuskan pemerintahan beraja dan melantik General Muhammad Naguib, berumur 52, menjadi presiden pertama dan perdana menteri. Gamal Abdel-Nasser, 35, dilantik timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri. Tribunal Revolusi mengandungi ahli-ahli RCC seperti Abdel-Latif El-Boghdadi, Anwar Sadat dan Hassan Ibrahim.
2 comments:
dtg tinggal jejak and follow :)
tq Ahmad...sangup tinggalkan jejak ^_^
Post a Comment