May 6, 2011

saya sakit gigi

salam semua....
ari nie saya nak tanye?
umur korang berapa baru gigi bongsu korang tumbuh....
aku dengan sedihnye nak bagi tau korang....umur aku dah 25 taun nie la si gigi bongsu ni nak tumbuh.....adui......sakitnye,......tuhan le la yang tau....tapi kenape dia perlu tumbuh...tak tumbuh tak boleh ke er...benggang la menahan sakit kat gigi yang dah nak tumbuh nie...oleh kerana gigi bongsu yang sakit...menjadikat satu mulut aku nie sakit...malas nak cakap ngn org....ag tak tahan sbb tetiba aku sakit pala plak menahan sakit gigi bongsu nie...bengang....bengang...




sekian,

doakan gigi bongsu aku cepat sembuh....

tq

Mar 7, 2011

Apa itu Wayang Gedek....



hari nie mien nak kongsi sikit pasal research master mien...pasal apa ye...pasal Wayang Gedek la.....berikut adah serba sedikit ringkasan mengenai Wayang Gedek :-

Wayang Kulit merupakan antara seni teater tradisional tertua Asia Tenggara.Wayang Kulit di Kedah dan Perlis berasal daripada Wayang Kulit di selatan Thailand yang dikenali sebagai Wayang Gedek.

Keistimewaan Wayang Gedek ini adalah jalan cerita yang disampaikan berbentuk kontemporari dan lebih moden selain daripada menggunakan Bahasa Melayu dialek Kedah. Karakter yang digunakan juga lebih moden dan mempunyai warna.


Perbezaan di antara wayang kulit gedek dengan wayang kulit di Kelantan atau wayang kulit
Jawa adalah dari segi bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk patung, nama-nama patung dan
juga bentuk cerita yang disampaikan.

Kumpulan wayang kulit Seri Asun telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pengasanya ialah
Encik Mohd Noh Bin Haji Mahmud. Beliau bukan sahaja bertindak sebagai pemimpin tetapi juga
sebagai dalang kepada kumpulan tersebut. Pada peringkat awalnya, kumpulan ini mempunyai
12 orang ahli termasuk Encik Mohd. Noh sendiri dan dua orang anaknya iaitu Encik Abdul
Majid Bin Mohd Noh dan Encik Mihad Bin Mohd Noh.